Jumaat, 29 Jun 2012

pelembab semula jadi



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua.


Seperti yang kita semua sedia maklum, pelembab wajah sangat penting dalam penjagaan 
wajah seharian kita. Namun begitu, kepada beberapa individu, mendapatkan pelembab yang
 sesuai adalah sangat sukar. Seperti kes saya, dah berapa banyak krim pelembab saya beli
 dan cuba, namun tiada satupun yang rasanya sesuai dengan saya. Ada yang terlalu berminyak,
 terlalu kering, menyebabkan jerawat tumbuh dengan banyak dan pelbagai masalah lain, 
sehingga akhirnya saya rasa malas untuk mengenakan sebarang jenis pelembab.


Namun sejak akhir-akhir ini, saya telah berjaya menemui satu petua semulajadi yang menjadikan
 kobis serta madu asli sebagai ramuannya. Saya telah 2 hari menggunakan petua ini, dan 
insyaallah nampaknya petua pelembab wajah semulajadi ini berkesan terhadap kulit wajah saya.


Berikut adalah bahan-bahan dan cara-cara menggunakan pelembab semulajadi ini :


Bahan-bahan :


1) Kobis yang dikisar dengan pengisar dan ditapis serta diambil airnya sahaja
2) Madu lebah (jangan terlalu banyak kerana ia akan menyebabkan kulit wajah mengelupas
 jika anda mempunyai kulit sensitif seperti saya)

                                         
Caranya :

Kobis yang telah dikisar dan diambil airnya tadi akan dicampur dengan madu lebah.
 Kacau sehingga sebati, kemudian basuh muka dengan ramuan ini. Biarkan ia kering diwajah selama
 lebih kurang 5-10 minit sebelum dicuci dengan air suam-suam kuku.


Cubalah, dan lihat keberkesanannya kepada diri anda pula. Kongsikan hasilnya di sini nanti ya!

✿ ♥ Terima kasih kerana sudi luangkan masa membaca✿ ♥

Tiada ulasan:

Catat Ulasan