Kaedah menampal gigi berlubang merupakan cara yang paling baik
untuk mencegah gigi daripadaberlubang lebih teruk, malah mencegah 
daripada gigi lebih bermasalah. Namun, jika masih takut untuk berjumpa 
doktor gigi, anda mungkin boleh mengamalkan beberapa tip DIbawah bagi 
menangani masalah gigi berlubang.

1. Setelah makan, usahakan untuk berkumur-kumur dengan air putih. Kemudian, 
setelah sejam anda makan, pergilah memberus gigi. Perlu diketahui bahawa 
memberus gigi sebaik selepas makan akan mengakibatkan enamel gigi semakin
 menipis dan seterusnya mengakibatkan gigi mudah rapuh.
2. Pastikan anda menggunakan berus gigi yang sesuai. Pilihlah jenis berus gigi 
yang halus dan juga mampu menjangkau bahagian gigi yang paling dalam serta di 
celah-celah gigi.
3. Gunakan ubat gigi yang mengandungi fl orida. Meskipun gigi telah berlubang 
 sebelumnya,langkah ini baik untuk mencegah bertambah luas lubang pada gigi.
4. Pilihlah jenis makanan yang tidak banyak mengandungi karbohidrat. 
Jenis makanan karbohidrat akan menimbulkan sisa-sisa yang akan melekat pada gigi.
5. Selain itu, anda juga boleh mengunyah gula-gula getah. Gula-gula getah juga 
sebenarnya membantu anda kekal fokus serta baik sebagai pembersih gigi setelah 
makan. Pastikan anda memilih jenis gula-gula getah yang tidak mengandungi 
banyak gula.