Inginkan
rambut sihat dan cepat panjang? sini ada 5 cara rambut cepat panjang.
jom baca...
1. Sekiranya rambut
kamu rosak atau hujungnya bercabang, segeralah merapikan bahagian yang
bercabang itu dengan memotongnya kerana ini merupakan langkah awal.
2. Jangan bersyampu
setiap hari. Syampu boleh mengurangkan minyak semula jadi yang dihasilkan oleh
rambut dan ia sangat berguna untuk zat rambut. Sekiranya kamu tidak selesa
kerana rambut mudah berbau, gunakan sedikit perapi agar rambut kembali wangi.
3.
Gunakan produk-produk penataan rambut sesedikit mungkin. Misalnya gel,
volumizer, serum, semburan rambut dan sebagainya. Penggunaan produk yang
terlalu kerap boleh membuatkan rambut keras sehingga kamu terpaksa memerlukan
syampu untuk membersihkannya.
4.
Minimumkan penggunaan peralatan yang panas seperti pengering rambut,
pengeriting rambut dan pelurus rambut.
5.
Gunakan sikat rambut untuk mengurut kulit kepala setiap malam. Lakukan gerakan
memutar ke seluruh kulit kepala sekitar 15 minit. Setelah itu, sikat rambut
kamu secara perlahan dari pangkal rambut sehingga ke hujung. Cara ini akan
menyebarkan minyak semula jadi pada pangkal rambut ke seluruh rambut hingga ke
hujungnya
p/s
: Kalau rambut tak panjang juga, pakai rambut palsu je senang okkk…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan